Beliau berkata, pemilihan kali ini dijangka berlangsung aman dengan semangat persaudaraan yang kuat dalam kalangan calon bertanding.

“Saya mengesahkan untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden, orang lain saya tidak tahu lagi. Tidak ada masalah pertandingan kali ini dimana menang atau kalah (calon bertanding) semuanya kawan-kawan.

“Pemilihan kali ini juga saya lihat seperti perlawanan persahabatan iaitu kalah atau menang tidak penting,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pemilihan bagi jawatan Naib Presiden dijangka menjadi tumpuan sempena Muktamar Tahunan Pas kali ini apabila dua calon baharu iaitu

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mendapat pencalonan untuk jawatan tersebut.

Selain Takiyuddin dan Nasrudin, tiga penyandang iaitu Mohd. Amar, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad turut dicalonkan mengekalkan jawatan itu. - UTUSAN ONLINE