Beliau berkata, bagi jawatannya sebagai Ahli Majlis Daerah Pontian, Tung Siong menyerahkan kedudukan itu kepada kerajaan negeri bagi membuat keputusan.

"Saya akan mengekalkan jawatan Kamarul sebagai Pembantu Khas di Pejabat DUN Pekan Nanas," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu pejabat Polia Daerah (IPD) Pontian, di sini malam tadi.

Belia hadir bagi memberikan sokongan kepada Kamarul yang disoal siasat polis daerah ini malam tadi selama kira-kira 3 jam bermula pada pukul 8.15 malam.

Kamarul hadir bersama-sama penguamnya, Hassan Karim yang juga Pengerusi PKR Johor dan Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Sebelum ini Mohammad Kamarul membuat permohonan maaf kepada seluruh kerabat diraja Johor menerusi warkah terbuka yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya kelmarin atas kenyataan yang dibuatnya sebelum ini. - UTUSAN ONLINE