Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Menurutnya, jika pengundi di kawasannya dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak masih memerlukan khidmatnya, beliau tiada pilihan.

“Khidmat sebagai Ahli Parlimen sudah menjadi darah daging saya. Jika dicalonkan, PRU-14, ia merupakan penggal keenam buat saya sebagai wakil rakyat.

“Jika kesihatan saya mengizinkan, selagi ahli UMNO mahu saya menjadi calon, selagi Perdana Menteri dan parti menamakan saya sebagai calon, apa saya boleh bua. Saya tidak akan menghampakan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Pemukiman Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Cheh Hulu, Kati dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE