Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana semua pihak sedia maklum bahawa Parlimen Gombak yang diwakili oleh pemimpin pembangkang tersebut mempunyai banyak masalah dan sedang menjadi rungutan rakyat.

“Saya dan perdana menteri mengalu-alukan mana-mana individu yang berniat bertanding sama ada di Bagan Datuk atau di Pekan.

“Harap sebelum berniat pindah kawasan, sila lakukan pembaikan perkhidmatan di kawasan itu (Gombak) terutamanya dari segi kemudahan asas kepada pengundi-pengundi kawasan itu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan tiga buah pusat Internet 1Malaysia kawasan Parlimen Bagan Datuk di Kampung Telok Buloh, Hutan Melintang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya. - UTUSAN ONLINE