Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, keprihatinan yang ditunjukkan baginda itu seharusnya diambil berat.

"Baginda bertitah supaya PKNS melihat semula sejarah dahulu dan terus memainkan peranan dengan berlandaskan matlamat penubuhannya. Malah, baginda juga prihatin mengenai masalah perumahan yang di negeri ini.

"Oleh itu, Mohamed Azmin seharusnya terpanggil supaya memperbetulkannya semula supaya memperbanyakkan rumah mampu milik untuk rakyat Selangor," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Perumahan Mampu Milik - Ekspo Hartanah Malaysia 2017 (Mapex 201) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE