Kehendak Yang Dipertua Dewan Rakyat itu sukar untuk dilakukan kerana keputusan secara bertulis memerlukan masa untuk dikeluarkan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya turut membantah keputusan tersebut berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) iaitu seseorang Ahli Parlimen yang diisytiharkan melakukan kesalahan berhak berada di Dewan Rakyat sehingga tempoh rayuan selama 14 hari berakhir.

“Jika lihat Perkara 36(a)(2) Akta 5, Hakim Mahkamah Pilihan Raya hanya akan mengambil sesuatu keputusan muktamad jika tiada rayuan difailkan dalam tempoh 14 hari.

“Jika notis rayuan difailkan, beliau sepatutnya masih layak berada dalam persidangan Parlimen ini sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE