Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Presidennya Datuk Seri Dr. S. Subramiam berkata, MIC mahu mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi dalam PRU sebelum ini.

“Kita akan kekalkan kemenangan yang dahulu di peringkat Parlimen dan mahu di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sekurang-sekurangnya satu di setiap negeri .

“Dengan kekuatan yang ditonjolkan ahli jentera yang ada hari ini, kita yakin dapat mengekalkan kemenangan parti seperti sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena Retreat MIC Kebangsaan yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Devamany dan Setiausaha Agung, Datuk A. Sakthivel.

Program yang berlangsung seawal 8 pagi itu turut dihadiri kira-kira 1,000 ahli dari seluruh negara mewakili bahagian masing-masing.

Katanya, tidak ada yang mustahil kerana yang paling penting adalah semangat dan kerjasama dalam memastikan kemenangan parti. - UTUSAN ONLINE