Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana selain kejayaan di DUN Rungkup, kemenangan DUN Hutang Melintang juga amat penting bagi memastikan Parlimen Bagan Datuk yang dimenanginya pada PRU-13 menang dengan majoriti lebih banyak.

Kata Ahmad Zahid, pada PRU-13, Datuk Shahrul Zaman Yahya memenangi DUN Rungkup dengan hanya majoriti sebanyak 613 undi manakala beliau sendiri menang di Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 2,108 undi.

"Kalau dulu (PRU-13) di Hutan Melintang kita kalah, kalau dulu di Parlimen Bagan Datuk saya menang cuma 2,108 undi sahaja.

"Tak pe. Itu cerita lama. Kali ini Hutan Melintang kita mesti rampas semula supaya BN menang dan dapat perkuatkan kerajaan negeri Perak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Pesta Ponggal 2018 di Dewan Sanmarka di Hutan Melintang dekat sini.

Yang turut hadir, Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam. - UTUSAN ONLINE