Walaupun Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh kemenangan di kerusi itu dalam tempoh dua penggal iaitu pada PRU-12 dan PRU-13 lalu, Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menyifatkan keputusan itu dibuat kerana mengambil kira kedudukan DUN Ijok yang merupakan kerusi milik parti itu sejak sekian lama.

Malah, beliau turut memberikan kata putus bahawa pihaknya tidak akan menyerah atau mengadakan rundingan dengan mana-mana parti lain dalam komponen BN berkenaan perkara tersebut.

“Bagi kita sampai sekarang ini (DUN Ijok) kerusi MIC. Kita akan buat apa-apa yang perlu untuk memastikan kemenangan BN di DUN Ijok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, DUN Ijok menjadi kubu kuat bagi BN sehinggalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menewaskan calon BN, Datuk Mohamad Sayuti dari UMNO dengan majoriti 1,850 undi pada PRU-12.

Usaha BN merampas semula DUN itu pada PRU-13 gagal apabila calonnya, K.R. Partiban dari MIC tewas kepada calon PKR, Dr. Idris Ahmad dengan majoriti 739 undi.

Terdahulu, Subramaniam melancarkan Pusat Khidmat Pasukan Petugas Khas Pelaksana (SITF) Zon Selangor Utara di Ijok bagi membantu masyarakat India. - UTUSAN ONLINE