Presidennya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu selaras dengan konsep 1Malaysia atau bersatu di bawah kepelbagaian yang dipegang negara sejak sekian lama.

Menurutnya, MIC bukan sahaja mempunyai anggota daripada keturunan Tamil namun dari keturunan lain termasuk Telegu, Malayalam dan Sikh yang beragama Islam, Kristian serta lain-lain.

"MIC punyai sifat inklusif yang mana kita terima kepelbagaian daripada sudut agama, bahasa dan budaya di bawah payung besar MIC.

"Malah kita lihat lapisan pemimpin kita daripada sejak MIC ditubuhkan adalah daripada pelbagai keturunan yang mungkin kadang-kadang kita lupa mengenai sejarah itu,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Krismas MIC peringkat negeri di Dewan Hang Tuah, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE