Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mesyuarat PKR tentu kedudukan Exco Pas tanpa Azmin

SHAH ALAM 16 Mei - Mesyuarat Biro Politik PKR malam ini yang antara fokus utamanya adalah bagi membincangkan kedudukan tiga Exco Pas dalam pentadbiran negeri Selangor akan berlangsung tanpa kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Ini kerana Mohamed Azmin masih lagi dalam lawatan kerja di Belgium dan dijangka hanya balik ke Malaysia Jumaat ini.

Namun, segala butiran dan maklum balas daripada ketiga-tiga Exco Pas ketika dipanggil mengadap Jumaat lalu telah dimaklumkan kepada Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Utusan Malaysia difahamkan, ekoran ketidakhadiran Mohamed Azmin itu, kemungkinan pengumuman pemecatan ketiga-tiga Exco Pas akan ditangguhkan sehingga Menteri Besar Selangor tersebut kembali ke tanah air.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi mengakui masih ada beberapa perkara berbangkit perlu diteliti sebelum sebarang kedudukan muktamad mengenai barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor dibuat.

"Ia perlu diteliti dengan terperinci sebelum kita menyerahkan kepada Menteri Besar untuk tindakan selanjutnya kerana kuasa melantik atau mengugurkan Exco adalah kuasa Menteri Besar," katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain