Lebih-lebih lagi lantikan dalam kalangan pimpinan tertinggi parti-parti politik PH itu dilihat tidak selari dengan istilah ‘Malaysia Baharu’ yang sering dilaung-laungkan selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, agak menyedihkan apabila lantikan politik itu bukan hanya melibatkan GLC malah kebanyakan agensi berkaitan kerajaan dan badan berkanun.

“Sudah tentu kelayakan mereka boleh dipertikaikan, contohnya apakah kelayakan Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia selain isteri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri dan usahawan kosmetik kecantikan.

“Begitu juga dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara kecuali kerana menjadi Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelantikan politik hanya akan dipertimbangkan untuk lembaga pengarah GLC jika mereka mempunyai merit berdasarkan kemahiran dan kelayakan. - UTUSAN ONLINE.