Sambil menyifatkan para pemimpin yang meminta beliau bertindak demikian itu sebagai ‘askar upahan’ pihak tertentu, Ameir menegaskan, Bersatu negeri akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat.

Katanya, mereka ini, khususnya Timbalan Pengerusi Bersatu negeri, Izizam Ibrahim sebenarnya tidak layak untuk bercakap kerana sedang melalui proses siasatan disiplin di Bahagian Padang Besar.

“Mereka ini sekadar diupah oleh pihak tertentu yang ingin melihat perpecahan di dalam Bersatu selain mahu melihat saya jatuh. Lagi pun mereka ini, bukan mewakili parti atau akar umbi. Bukan dasar kita untuk mengumpul ramai-ramai ahli untuk membuat sesuatu desakan.

“Kita akan ambil tindakan disiplin kepada ‘kepala-kepala’ yang terlibat ini. Malah, mereka ini juga membuat dakwaan tidak berasas kononnya saya sesuka hati memecat mana-mana pemimpin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam satu sidang akhbar khas di sini hari ini, hampir keseluruhan kepemimpinan bahagian, cawangan dan sayap-sayap Bersatu tampil mendesak Ameir melepaskan jawatan.

Kesemua mereka yang diketuai Izizam itu sepakat menyatakan sudah hilang kepercayaan kepada Ameir dan menyifatkan beliau telah gagal menguruskan parti dengan baik.

Dalam masa sama, mereka juga menuntut Bersatu pusat campur tangan dalam isu ini dengan segera mengambil tindakan terhadap Ameir yang juga merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Perlis.

Sementara itu, Ameir juga melahirkan rasa kecewanya terhadap Wan Saiful Wan Jan yang disifatkan cuba melakukan kacau-bilau di dalam parti.

“Saya yang bawa balik Wan Saiful, jaga dia dan berharap untuk menggantikan saya pada masa hadapan kerana dia seorang pemimpin yang cerdik. Namun seseorang itu tidak akan menjadi pemimpin yang baik kalau cuba menjadi jaguh dan mencari populariti semata-mata,” katanya.- UTUSAN ONLINE atau dikenali sebagai Ozi, 25, yang alamat terakhir di Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang, ditahan petang semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama peguamnya.

“Berdasarkan semakan, Ozi merupakan seorang penganggur dan permohonan perintah reman akan dilakukan terhadap individu terbabit,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kelmarin, M. Thiyahu, 30, maut selepas ditetak di muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua belah kakinya dengan parang di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini.

Berikutan itu, semalam, empat individu termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 25 tahun ditahan dan dibenarkan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.