Rungutan tersebut disuarakan kepada beliau ketika berkunjung ke Pasar Datuk Keramat pada pukul 8 pagi tadi untuk bertemu serta bersarapan dengan beberapa peniaga dan penduduk di situ.

"Menteri kata harga telur turun tapi penjual kata naik. Peniaga itu juga rungut harga ayam naik. Sebelum ini RM7.50, hari ini RM8.50.

"SST (cukai jualan dan perkhidmatan) akan turunkan harga barang. Bukan begitu, Tony dan Guan Eng?" tanya Najib.

Pasar Datuk Keramat.
Gambar harga telur semasa yang dirakam oleh Najib ketika berkunjung ke Pasar Datuk Keramat.

Najib juga berkata, ketika minum pagi di gerai pasar berkenaan, ramai merintih harga barang naik dan bantuan rakyat dikurangkan .-UTUSAN ONLINE