Menurutnya, sehubungan itu adalah sesuatu yang menghairankan jika Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa kurang senang dengan tindakannya membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam PRK di sini.

"Kenapa dia nak kesahkan saya? Ini hak saya sebagai pemimpin dan saya turun kerana permintaan orang tempatan. Menteri Besar maklumkan pada saya tempat-tempat yang orang tempatan minta saya datang.

"Sampaikan ada yang menghantar Whatsapp secara direct minta saya datang,  misalnya program saya di Pos Betau pagi ini adalah atas kehendak Orang Asli di sana dan dan mereka nak saya datang lagi.

"Saya tak pergi tempat yang orang tak nak saya pergi. Saya pergi ke tempat yang orang minta saya pergi dan itu hak saya sebagai seorang pemimpin dalam BN dan dalam sistem demokrasi secara terbuka ini, sesiapa ada hak malah PH pun ada hak untuk berkempen tak ada masalah, biar rakyat tentukan siapa pilihan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program walk about dan makan tengah hari di Kedai Ishak Kari Kepala Ikan di Ringlet di sini hari ini.

Najib mengulas ucapan Anwar dalam ceramah Perdana di Tanah Rata di sini semalam yang menyatakan rasa tidak puas hati kerana bekas Perdana Menteri itu menjalankan kempen walaupun terpalit dengan pelbagai isu dan tuduhan yang menjejaskan imej negara. - UTUSAN ONLINE