Bekas Ketua Cawangan DAP Bagan Luar, G. Asoghan berkata, beliau tampil membuat laporan kerana tindakan Guan Eng itu dianggap keterlaluan dalam berpolitik.

Katanya, perbuatan Ahli Parlimen Bagan itu mengheret kanak-kanak juga tidak dapat diterima rakyat negeri ini.

"Oleh itu, saya meminta supaya pihak polis menjalankan siasatan terperinci  berhubung perkara ini.

" Pada masa sama, beliau perlu meletak jawatan sebagai Ketua Menteri kerana sejak 10 tahun lepas, pelbagai masalah wujud di negeri ini di bawah pentadbirannya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Butterworth di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan mengesahkan polis telah mula menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - UTUSAN ONLINE