Mengikut keputusan tidak rasmi yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Azmin memperoleh 10,467 undi berbanding Rafizi yang mendapat 8,882 undi selepas proses pemilihan diadakan dua hari sejak semalam melibatkan 24 daripada 25 Cabang.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu, membolehkan Mohamed Azmin kini mengumpul 60,091 undi, manakala Rafizi pula dengan 56,796 undi.

Kini, tinggal dua lagi negeri yang belum mengadakan pemilihan, iaitu Sarawak yang dijadualkan pada 10 November ini, manakala Melaka akan mengadakan semula Pemilihan PKR pada 11 November ini.

Sarawak dan Melaka dikatakan sebagai kubu kuat Rafizi, namun pemerhati melihat kelebihan tersebut tidak mampu untuk memintas lebih 3,000 undi yang dimiliki Mohamed Azmin. - UTUSAN ONLINE