Dalam masa sama, Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu juga bersedia untuk disiasat berhubung kes berkenaan sekali gus memberinya peluang mendedahkan perkara sebenar mengenai tragedi yang mengorbankan 18 nyawa termasuk anggota polis itu.

“Saya alu-alukan dengan adanya RCI Memali ini kerana kita boleh dedahkan apa yang berlaku. Malah, saya akan memberi kerjasama penuh dan tidak takut untuk disiasat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Pakatan Harapan Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Mahathir juga mengaitkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai punca berlakunya tragedi Memali ekoran amanatnya pada tahun 1981 yang mempengaruhi penyokongnya bertindak liar.

Dakwa Dr. Mahathir, dalam amanat tersebut, Abdul Hadi telah meminta ahli Pas supaya mati syahid dengan membunuh orang Islam selain menjanjikan syurga kepada mereka.

“Disebabkan pemimpin berkenaan ( Abdul Hadi) yang menjanjikan syurga kepada pengikutnya, penduduk kampung melakukan jenayah dengan membunuh polis.

“Saya yakin polis tidak akan bertindak kejam sekiranya tidak ada ancaman daripada penduduk kampung,” katanya. - UTUSAN ONLINE