Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, orang Melayu dan BUmiputera serta ahli Barisan Nasional perlu sentiasa berwaspada dan dalam mode kesiap-siagaan.

“Bukan sahaja kepada bangsa Melayu Bumiputera,... UMNO dan Barisan Nasional. Kestabilan serta Kedaulatan negara, masa depan Syiar Islam, bahkan yang terpenting adalah, nasib anak cucu keturunan kita, agar tidak melarat dek untuk, tersungkur merempat di tanah sendiri.

“Itulah hakikatnya, kita berada di celah-celah kekeruhan dan persimpangan percarian umat Melayu, yang ketika ini, sedang berpecah kepada pelbagai kumpulan dan fahaman politik dalam menentukan arah kompas perjuangannya,” kata Najib dalam Ucapan Dasar Presiden semperna Perhimpunan Agung UMNO 2017. - UTUSAN ONLINE