Sehubungan itu, BN tidak rela melihat kerusi DUN Batu Tiga yang masih lagi segar dengan pemansuhan tol hasil keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus dikuasai PKR, sedangkan yang membawa nikmat adalah BN.

Timbalan Penyelaras Pemba­ngunan Persekutuan DUN Batu Tiga, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Yaakop berkata, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) medan terbaik untuk BN me-rampas kembali kerusi tersebut berdasarkan ‘mood’ pengundi ketika ini.

Jelasnya, berdasarkan gerak kerja jentera BN, penerimaan pengundi serta kemarahan rak­­yat terhadap skandal penyelewe­ngan melibatkan kerajaan ne­geri, beliau yakin majoriti lebih 3,000 yang diperoleh calon PKR pada 2013 mampu diatasi.

Tambahnya, keadaan juga bertambah terbuka apabila hampir pasti kerusi DUN tersebut serta Parlimen Shah Alam bakal menyaksikan pertembu­ngan se­kurang-kurangnya tiga penjuru.

“Setiap kali turun padang, saya dapat merasai kegembiraan rakyat apabila kerajaan memutuskan untuk menghapuskan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau kerana manfaatnya cukup besar dan ini salah satu punca kekuatan kita pada kali ini.

“Namun, apa yang le bih pen-ting rakyat sedar serta tahu bahawa BN yang membantu mereka walaupun dua penggal kawasan ini dikuasai PKR, yang berkhidmat kepada rakyat adalah BN dan bukannya parti pembangkang,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Mua'adzam memberitahu, pe­ngundi Batu Tiga dan Selangor secara keseluruhannya sudah muak dengan sikap pembangkang setelah dua penggal diberi peluang memerintah kerana terbukti perkhidmatan mereka jauh lebih teruk.

Selain itu katanya, rakyat juga bosan dengan karenah pembangkang yang tidak habis-habis berebut kuasa termasuk dalam isu agihan kerusi.

“Belum apa-apa sudah huru-hara, itu baru empat parti komponen dan baru dua penggal mentadbir, kalau menang lagi nanti entah macam mana pula corak pemerintahan mereka,” katanya.