Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hal ini kerana MCA merupakan faktor utama kepada kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terutama melibatkan kawasan-kawasan majoriti besar kaum Cina.

“Seharusnya MCA mendapatkan 20 peratus undi kaum Cina untuk memenangkan BN di banyak kawasan tetapi mereka hanya mampu meraih undi Cina sebanyak 2.5 peratus.

“Ini mencerminkan penolakan kaum Cina kepada MCA, bukannya kepada BN. Tanpa BN, tiga kerusi yang dimiliki MCA hari ini tidak akan wujud,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Ka Siong tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan untuk membubarkan BN sekiranya masih menghormati kepemimpinan komponen yang masih setia dengan BN.

Katanya, hal itu dapat dilihat apabila MCA tidak lagi menjemput Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai perasmi Persidangan Mesyuarat Agong MCA Ke-65.

“Walaupun MCA telah bersama UMNO sejak 1952, namun perkara tersebut tidak menjadikan BN sebagai milik mutlak MCA,” katanya. - UTUSAN ONLINE