Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan itu diambil selepas dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti yang bermesyuarat hari ini.

Dalam penampilan pertamanya di depan media selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau memberitahu, MCA sudah mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanding atas logo parti.

“Kita sudah lama menghantar surat kepada SPR dan telah dipersetujui,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Tiong Lai juga memberitahu, beliau akan memaklumkan keputusan itu kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, beliau memberi jaminan MCA tidak akan meninggalkan BN. - UTUSAN ONLINE