Tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, MCA sepatutnya mengetahui bahawa setiap perkara yang melibatkan keputusan BN perlu dicapai secara konsensus dengan parti-parti komponen lain.

Walau bagaimanapun katanya, UMNO menghormati keputusan MCA itu kerana percaya pemimpin-pemimpin parti tersebut lebih mengetahui kaedah untuk memperkukuhkan parti sendiri.

“MCA tidak mempunyai hak untuk mencadangkan BN dibubarkan walaupun hanya satu cadangan kerana sebarang keputusan perlu dibuat secara konsensus atau sebulat suara.

“Ini kerana MCA hanya memiliki satu kerusi sahaja di Parlimen, itu pun mereka mewakili kerusi yang majoritinya adalah pengundi Melayu, jadi parti tersebut harus mengetahui kedudukan sebenar jika ingin terus relevan dalam landskap politik negara,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, MCA mencadangkan dalam perhimpunan agungnya supaya BN dibubarkan. - UTUSAN ONLINE.