Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mempertimbangkan untuk meletakkan lebih banyak calon MCA di Parlimen-parlimen yang berpotensi untuk menang. 

Setakat ini, katanya, muafakat parti yang paling kuat dalam BN adalah MCA dan MIC yang dilihat setia pada ketika susah dan senang. 

“ Sebab itu, kalau hendak (bantuan) lebih lagi, masyarakat Cina perlu sokong Barisan Nasional (BN). Sekarang,  MCA hanya ada tujuh ahli parlimen. Kalau ada 15 ahli parlimen, MCA akan lebih kuat dalam kerajaan. Kena tanya kaum Cina, nak wakil yang kuat dalam kerajaan atau yang lemah?

“Beritahu komuniti Cina, DAP tidak mampu membentuk kerajaan. DAP tidak boleh buat lebih baik daripada kita (BN)  pada PRU-14, ” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-64 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini hari ini. 

Yang turut hadir pada majlis ialah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.  -UTUSAN ONLINE