Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Deklarasi Balakong itu melambangkan perjalanan baharu MCA yang sedang melalui era transformasi bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Antara kandungan deklarasi itu katanya, MCA akan melakar laluan penentuan masa depannya yang tersendiri demi rakyat.

“MCA akan memperkasakan diri dan kuasa politik kami dengan parti-parti lain untuk kembali ke pangkal dan asas perjuangan MCA,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat MCA Sungai Chua dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan. - UTUSAN ONLINE