Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya mengucapkan syabas kepada MCA kerana bertindak berani untuk menggunakan logo parti dalam PRK ini.

“Sebagai Pengerusi BN, saya yang memberi kebenaran sepenuhnya kepada permintaan MCA untuk menggunakan logo parti,” katanya ketika berucap selepas melawat Bilik Gerakan MCA PRK DUN Balakong dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr, Wee Ka Siong; Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Setiausaha MIC Selangor, Datuk N. Rawisandran. - UTUSAN ONLINE