Idris turut mendakwa, Timbalan Presiden PKR itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU-14), ‘tanpa restu’ daripada mana- mana komponen parti berkenaan.

Dakwa Idris, beliau mendapat sokongan majoriti bagi pencalonannya sebagai Menteri Besar Selangor menerusi surat daripada PKR, DAP, PPBM dan Parti Amanah Negara.

“Sebelum PRU-14, terdapat ura-ura dalam Pakatan Harapan mahu saya menjadi Menteri Besar Selangor dan dua hari selepas kita menang serta dalam suasana gembira meraikan kemenangan itu, tiba-tiba calon Menteri Besar Selangor baharu pula telah diumumkan tanpa restu parti yang lain.

“Saya tidak mahu jadi ‘gentleman’ lagi, beliau (Mohamed Azmin) pergi ke sana secara sendiri.

“Hanya satu nama dicadangkan iaitu nama saya. Malah, saya mendapat restu daripada semua komponen Pakatan Harapan dan surat itu telah dihantar kepada Sultan Selangor,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di kediaman beliau, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE