Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Dr. Sahruddin, pada pertemuan itu, beliau turut mendapatkan nasihat daripada kedua-dua pemimpin itu mengenai banyak perkara demi kepentingan rakyat.

Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal  bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - UTUSAN ONLINE/IHSAN FACEBOOK MB JOHOR 

“Saya akan terus memastikan kebajikan Bangsa Johor terus diperjuangkan di segenap sektor melalui pelan pembangunan mapan dan hala tuju yang semestinya akan membawa manfaat kepada rakyat.

“Konklusinya, rakyat harus diutamakan,” katanya menerusi entri terbaharu di Facebook Dr. Sahruddin Jamal hari ini.

Sehubungan itu, Dr. Sahruddin memohon doa kepada semua supaya beliau mampu membawa perubahan-perubahan baik di negeri ini dan berikrar akan terus bekerja serta berkhidmat untuk rakyat. - UTUSAN ONLINE