Istiadat itu dibuat selepas Pakatan Harapan menang dengan majoriti mudah di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri.

Kedua-dua istiadat tersebut akan disempurnakan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun disebut-sebut sebagai calon bagi jawatan berkenaan. - UTUSAN ONLINE