Najib menyindir menteri berkenaan kerana membuat pengumuman tentang Rancangan Makanan Tambahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sejak 1979 lagi.

“Mungkin hasil berjalan sampai ke Jepun inilah dia boleh terfikir idea bernas ini.

“Tapi sebab terlalu hebat mengkaji, beliau terlepas pandang bahawa Rancangan Makanan Tambahan ini sejak tahun 1979 lagi dah Kementerian Pendidikan sediakan,” katanya dalam hantaran Facebook peribadinya hari ini.

“Kita beri RM2.50 seorang sehari untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 seorang sehari untuk pelajar di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” kata Najib.

Mungkin Maszlee, kata Najib, terlalu sibuk perihal warna pakaian seragam pelajar beliau tidak perasan Kerajaan PH sendiri sudah memotong peruntukan untuk Rancangan Makanan Tambahan dalam Belanjawan 2019.

“Tidak payah ke Jepun nak tahu atau belajar perkara macam ini. Tidak perlu ‘pandang ke Timur’. Lebihkan masa memahami operasi kementerian,” kata Najib. “Agak-agak beliau nak kaji apa lagi lepas ini?”