WONG CHEN
WONG CHEN

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, peruntukan untuk membaiki infrastruktur sekolah misalnya melibatkan sejumlah wang yang besar antara RM2 bilion hingga RM4 bilion.

Beliau turut memberi contoh di kawasan Subang, anggaran sebanyak RM19.3 juta diperlukan bagi menaik taraf 31 daripada 51 buah sekolah yang kebanyakannya menghadapi pelbagai masalah.

"Jadi, saya sudah meminta menteri untuk memberi fokus yang lebih (kepada pembaikan sekolah). Janganlah beri fokus kepada isu yang remeh-temeh.

"Isu untuk membaiki sekolah ini tersangat penting. Bukannya susah sangat. Tak ada isu politik, tak ada isu tentang kolam renang, ia isu yang jelas," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Maszlee ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN - Pontian) di Persidangan Dewan Rakyat berkata, pihaknya akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah. - UTUSAN ONLINE