Menurut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, langkah penangguhan itu diambil buat sementara waktu sehingga pihaknya menerima input dan maklum balas kolektif daripada pihak berkepentingan.

“Skim bayaran balik ICLR PTPTN akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga kita menerima input dan maklum balas kolektif daripada pihak berkepentingan,” tulis beliau dalam akaun Twitter miliknya, hari ini.

KOMEN salah seorang pengguna Twitter terhadap kenyataan Maszlee di laman media sosial itu. - UTUSAN

KOMEN salah seorang pengguna Twitter terhadap kenyataan Maszlee di laman media sosial itu. - UTUSAN ONLINE/ MEDIA SOSIAL

Rabu lalu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan skim potongan bulanan baharu bagi peminjam dengan gaji RM2,000 ke atas, mulai 1 Januari 2019.

Potongan tersebut akan melibatkan antara dua peratus hingga 15 peratus daripada gaji peminjam.

Seorang peminjam dengan gaji bulanannya RM2,000 perlu membayar RM40 sebulan manakala mereka yang memperoleh RM8,000 perlu mengeluarkan RM1,200 sebulan.

Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi negatif termasuk dalam kalangan pemimpin dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH). - UTUSAN ONLINE