Presidennya, Tan Sri Dr. K. Kenneth Eswaran berkata, kesemua cawangan MAICCI di seluruh negara akan turun ke peringkat akar umbi untuk memberi pendedahan kepada masyarakat India terhadap pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap mereka.


“Kita juga akan memastikan bahawa Pakatan Harapan tidak mendapat undi daripada masyakarat India berikutan agenda mereka bersifat individualistik dan tidak menjaga kepentingan sejagat berbanding kerajaan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pelancaran program MAICCI bersama kaum India, di sini, hari ini. -UTUSAN ONLINE-