Beliau berkata, sekolah yang menjadi ikon kepada masyarakat Sepanggar khasnya kaum Cina itu perlu diberi nafas baharu agar kemudahan dan infrastrukturnya apabila siap nanti mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada guru serta pelajar.

“Melihat kepada keperluan dan kapasiti pelajar, sekolah ini mesti diberi nafas baharu dan dengan pengumuman itu sudah pasti dapat menyediakan kemudahan serta infrastruktur terbaik kepada murid dan guru.

“Peruntukan itu adalah sebagai tanda terima kasih kerajaan atas sokongan rakyat khususnya di Sepanggar,” katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Perayaan Pesta Angpau Tahun 2018 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sepanggar, Datuk Yakub Khan.

Dalam majlis itu, sebanyak 43 orang murid kurang berkemampuan menerima sumbangan angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina.