NOOR HAIRI NOOR MOHAMMED
NOOR HAIRI

Selain itu, kata Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Noor Hairi Noor Mohammed, gerakan reformasi yang dicetuskan PKR pada 1998 untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada masa itu juga perlu dimasukkan kerana merupakan salah satu peristiwa penting.

Katanya, tidak adil hanya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih dalam proses siasatan sahaja dimasukkan di dalam silibus Sejarah.

“Cadangan Maszlee itu dilihat tidak masuk akal dan langsung tidak membantu ke arah kecemerlangan pelajar. Jangan dilibatkan pelajar dalam dendam politik terhadap kerajaan dahulu,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini, Maszlee memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1MDB dimasukkan silibus Sejarah.

Maszlee dilaporkan berkata, tindakan tersebut diambil bagi memastikan pemimpin pada masa hadapan tidak mengulangi kesilapan sama.

Mengulas cadangan Maszlee selepas itu, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pula meramalkan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu yang akan dimasukkan dalam buku sejarah.

Najib dalam satu hantaran di Facebook itu berkata, ada masa dan tempat untuk berpolitik dan sekolah bukan salah satu daripadanya selain pelajar tidak patut diperalat dan dianiaya masa depan mereka. - UTUSAN ONLINE