Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan berkata, pemilihan Mastura sebagai calon bukanlah dibuat atas dasar simpati tetapi mengambil kira faktor kehendak pengundi yang memang mahukan beliau menggantikan suaminya.

“Kita telah turun padang dan bertanyakan sendiri kepada penduduk tempatan yang mengatakan Mastura adalah calon terbaik.

“Akar umbi juga setuju dengan kehendak itu dan merasakan beliau merupakan calon paling la­yak dan sesuai setelah mengambil kira faktor-faktor lain,” katanya yang ditemui dalam program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2016 cawangan Wangsa Maju, di sini hari ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, arwah suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang mewakili BN menang dengan majoriti 1,082 undi, mengalahkan calon Pas, Khalif Idham Lim Abdullah dan calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim.