Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pengagihan Kerusi, Zuraidah Kamaruddin berkata, pihaknya masih memerlukan tempoh dua minggu untuk menyelesaikan tuntutan kesemua empat parti dalam Pakatan Harapan.

"Kita akan membuat perbincangan intensif minggu ini tetapi saya tak boleh kata akan selesai minggu ini dan buat masa ini kita sudah dapat memuktamadkan 62 peratus daripada keseluruhan 56 kerusi DUN," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE