NORMALA

Naib Ketua PPBM bahagian, Mohd. Nor Hashim Che Min berkata, perkara tersebut berlaku kerana dominasi ketara DAP dalam Pakatan Harapan dan kelemahan pucuk pimpinan tertinggi parti terutama dalam soal pengagihan kerusi hingga menyebabkan berlaku perpecahan yang serius di peringkat akar umbi.

Menurutnya, hal itu di­buruk­kan la­gi dengan konflik dalaman sesama sendiri sehingga melun­turkan sema­ngat sekali gus menganggap gabungan parti pembangkang tidak akan menang berdepan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kami mahu meluahkan rasa tidak puas hati tentang ke­le­mahan pe­mimpin dalam PPBM hari ini menyebabkan kami rasa tidak ada masa hadapan dan tidak ada tempat bergantung. Dalam parti sendiri banyak berlaku perpecahan.

“DAP semakin hari semakin kuat manakala orang Melayu dalam pakatan ini pula sudah berpecah belah hanya kerana berebut kerusi termasuk di Kelantan. Sebenarnya kita tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

“Masalah utama dalam Pakatan Harapan ialah DAP lebih menonjol daripada parti-parti lain dan kita memang takut ini berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

KOTA BHARU 12 Febuari 2018 - Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu,
MOHD. NOR HASHIM

Yang turut hadir ialah Ketua Pemuda PPBM bahagian, Nik Mohd. Adhwan Nik Haris dan Ketua Srikandi PPBM bahagian, Normala Abdul Kadir.

Menurut Mohd. Nor Hashim, mereka juga tidak puas hati dengan sikap parti sekutu, PAN yang mahu mendominasi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk ditandi­ngi dalam PRU-14 tanpa memikirkan kewujudan PPBM.

Di Kota Bharu katanya, isu pembahagian kerusi gagal diselesaikan berbulan-bulan lamanya apabila setiap parti berebut-rebut mahu meletakkan calon masing-masing tetapi PAN mahu membolot kesemua tiga kerusi DUN serta bertanding di Parlimen.

“Malah, daerah lain juga mengalami masalah sama seolah-olah PPBM dipinggirkan sedangkan kita memiliki jentera yang cukup kuat. Kalau sudah nama pakatan, perlu berpakatlah, jangan bolot semua untuk parti sendiri sahaja,” katanya.

Sementara itu, Normala berkata, sedikit demi sedikit, pekung PPBM bakal terdedah jika masalah dalaman gagal diselesaikan dan pada saat tersebut, tidak mustahil ramai ahli mengambil keputusan keluar parti.

“Jujur kami kata, kami tidak nampak barisan pemimpin yang ada sekarang boleh jadi pemimpin yang baik. Terlalu banyak masalah dihadapi PPBM dan lambat laun perkara ini akan terbongkar jua,” katanya.