Menurut beliau, dalam mesyuarat itu juga beliau akan memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding bagi jawatan Ketua Puteri, Naib Ketua dan Exco pergerakan sayap parti itu.

“Saya juga akan menyampaikan amanat terakhir saya kepada semua jawatankuasa tertinggi Puteri UMNO dan berharap generasi pelapis dalam pergerakan ini akan terus memperjuangkan usaha membangunkan semula UMNO pasca Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Pada petang ini juga saya mengadakan mesyuarat UMNO cawangan di kampung kelahiran saya di mana saya melepaskan jawatan Ketua Penerangan bagi memberi peluang kepada muka-muka baharu,” katanya.

Mas Ermieyati yang kini memegang hanya satu jawatan iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah ditemui pada majlis berbuka puasa bersama penduduk di pekarangan rumah ibunya, Salbiah Ahmad di Kampung Paya Lebar di sini sebentar tadi.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan kebajikan termasuk beras dan kelengkapan dapur kepada 168 penduduk Parlimen itu. - UTUSAN ONLINE