Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, keputusannya untuk bertanding jawatan Naib Presiden itu hanya akan diputuskan pada 17 Jun ini.

“Saya belum memikirkan lagi jawatan apa tapi ada desakan supaya saya bertanding Naib Presiden. Saya tak cakap ya dan saya juga tak cakap tidak tetapi akan mempertimbangkan sehingga 17 Jun ini.

“Semenjak pengumuman saya untuk tidak bertanding, saya menerima banyak rayuan dan desakan terutamanya dalam kalangan Exco Pergerakan Puteri UMNO yang mahu saya mempertimbangkan semula keputusan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Puteri UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarikh Khan dan Setiausaha Puteri UMNO, Datuk Fahariyah Md. Nordin. - UTUSAN ONLINE