Menurutnya, beliau tetap positif walaupun kalah sebanyak tiga kali termasuk dalam dua dalam Pilihan Raya Umum di Parlimen Cameron Highlands sebelum ini.

Katanya, beliau akan terus bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat bagi kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan Jelai.

“Saya akan memberi komitmen sepenuhnya untuk bekerjama bersama kerajaan Pusat dalam aspek pembangunan seperti yang kita janjikan sebelum ini.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pengundi dan jentera yang bersama-sama saya. Kami mempunyai barisan (jentera) yang paling kuat,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Operasi PH, di sini hari ini.

Sebelum ini, Manogaran kalah dalam dua Pilihan Raya Umum Ke-13 dan PRU-14. - UTUSAN ONLINE