Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh berkata, beliau yakin manifesto itu akan diterima baik seluruh rakyat.

”Janji BN dalam manifesto bukan sesuatu di luar kemampuan, tetapi apa yang dicadangkan merupakan hasrat dan kehendak rakyat.

“Manifesto kita (BN) tak sama seperti pembangkang yang hanya mahu menarik sokongan rakyat tetapi di luar kemampuan untuk melaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara serentak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, Sekolah Kebangsan (SK) Sri Chiku dan SK Sri Chiku 2, di sini hari ini.

Mengenai barisan calon BN pada PRU-14 nanti, Tengku Razaleigh juga Ketua UMNO Bahagian berkata, calon kali ini merupakan gabungan golongan veteran dengan orang muda.

“Gabungan calon veteran dengan muka baru atas pilihan serta kehendak pemimpin atasan yang memutuskan perkara itu.

“Bagi pengumuman calon BN lebih awal, perkara itu hanya spekulasi media sahaja. Saya mengikuti perkembangan itu dan pengumuman pejabat Perdana Menteri malam tadi tidak pernah pun mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE