MAT NADZARI AHMAD DAHLAN

Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Barisan Nasional-Batang Kali) berkata, tindakan kerajaan negeri tidak mengisytiharkan perolehan peruntukan Marris se­bagai hasil bukan cukai dalam belanjawan kerajaan negeri me­nimbulkan persoalan.

Katanya, tindakan itu mencetuskan banyak keraguan terma­suk kemungkinan kerajaan ne­geri menyalahgunakan peruntukan da­­ripada Kerajaan Pusat untuk tu­juan lain dan bukannya menaik taraf serta menyelenggara 16,679 kilometer jalan di Selangor.

“Kegagalan kerajaan ne­geri mengisytiharkan penerimaan ser­­ta mengemukakan anggaran per­­belanjaan peruntukan Marris dalam belanjawan negeri me­ngundang banyak kekeliruan.

Apakah kerajaan negeri secara se-ngaja tidak merekodkan maklumat mengenai peruntukan Marris ke­rana membelanjakannya untuk tujuan lain?.

“Jika demikian, kerajaan ne­geri jelas melanggar Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan membabitkan bidang kuasa serta tanggungjawab di bawah Kumpulan Wang Disatukan,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mat Nadzari yang juga Penyelaras ADUN-ADUN BN Se­langor menambah, ber­da­­sarkan rekod daripada Kemen­terian Ke­­wangan, kerajaan ne­geri me­nerima RM416,971,395 per­untukan Marris daripada Kerajaan Persekutuan pada 2012 di­­ikuti RM498,033,994 (2013), RM523,486,773 (2014), RM468­,774,527 (2015), RM496,900,998 (2016) dan RM546­,591,098 (2017).