Rakaman itu dipercayai mula tersebar sebaik sahaja Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai menyampaikan ucapan dasarnya dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Jika pihak yang menyebarkan rakaman video itu mempunyai niat mencetuskan kekeliruan dalam kalangan perwakilan, ahli-ahli UMNO serta orang ramai agar tidak datang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ternyata perancangan jahat me­reka gagal.

Fenomena lautan manusia di PWTC semalam dan kelmarin membuktikan komplot didalangi pihak tertentu untuk mewujudkan persepsi palsu kononnya berlaku huru-hara di lokasi Perhimpunan Agung UMNO langsung tidak memberi sebarang kesan.

Apatah lagi, ahli-ahli UMNO kini mempunyai semangat membara untuk mengganyang musuh-musuh parti selepas dititipkan lima semboyan yang dilaungkan Najib.

Semua ahli UMNO hanya mahu melihat ke hadapan dan melupakan segala isu-isu titik bengik yang mengganggu fokus mereka untuk memastikan kemenangan besar parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mungkin juga ada puak ter­tentu yang kini tidak lagi bersama UMNO ingin membangkitkan kembali nostalgia kekecewaan mereka setelah gagal mendapat apa yang diimpikan.

Simpan sahajalah kenangan itu dalam memori telefon pintar masing-masing atau lebih baik dipadamkan terus. Tiada faedah pun kalau ditularkan.