Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertimbangan itu termasuklah aspek diplomatik, politik dan ekonomi selain cadangan menutup Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang dan memindahkan akreditasi ke Beijing, China.

“Saya telah menyatakan bahawa Malaysia telah mengambil langkah untuk mematuhi kesemua Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan dengan ancaman Korea Utara, antaranya dengan mengurangkan bilangan pegawai diplomatik Korea Utara

“Malaysia juga kini telah memperkenalkan visa untuk kemasukan warganegara Korea Utara ke negara ini,” katanya dalam sesi soal jawab di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang bertanyakan apakah hasil lawatan kerja Perdana Menteri ke Amerika Syarikat (AS) September lalu dan apakah kejayaan yang dicapai melalui lawatan tersebut.

Jelas Najib, isu Korea Utara itu menjadi antara topik yang dibincangkan beliau bersama Presiden AS, Donald Trump. - UTUSAN ONLINE