Presidennya, George Varughese berkata, ini kerana pasukan itu tidak mempunyai hak undang-undang untuk menahan Najib kerana sebarang penahanan hanya boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.

Katanya, pasukan itu juga tidak berhak untuk memutuskan sama ada Najib akan dikenakan pertuduhan atau bila ia akan dilakukan.

“Majlis Peguam terkejut dan tidak bersetuju dengan kenyataan akhbar yang diterbitkan oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB yang menyatakan Najib telah ditahan pada pukul 2.35 petang berhubung isu SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) serta akan didakwa di mahkamah pukul 8.30 pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE