Presiden Persatuan Peguam- Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pusingan ketiga adalah yang paling penting kerana ia melibatkan pengisian pelbagai jawatankuasa dalam Majlis Peguam.

“Pusingan kedua nanti kita akan promosi calon-calon dari Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri pula. Pengerusi dan wakil negeri akan menduduki kerusi Majlis Peguam juga. Moga kita berjaya juga menampilkan wakil kita di sana.

“Yang lebih penting ialah pusingan ketiga bagi mengisi kejayaan itu. Kita perlukan peguam-peguam bagi mengisi pelbagai jawatankuasa yang ada di dalam Majlis Peguam. Mohon rakan-rakan bijaksana nanti tampil sukarela berkhidmat,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Dalam keputusan yang diumumkan malam tadi, lapan daripada sepuluh calon yang disokong Zainul berjaya terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Majlis Peguam bagi sesi 2019/2020.-UTUSAN ONLINE