Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata, pihaknya kini sedang menentukan tarikh yang sesuai bagi menyempurnakan majlis tersebut.

“Pihak media akan dimaklumkan selewat-lewatnya Sabtu ini berhubung tarikh berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau menafikan desas-desus majlis angkat sumpah itu akan diadakan Selasa ini seperti dilaporkan beberapa portal media hari ini. – UTUSAN ONLINE