Beliau malah menyifatkan kepemimpinan Pas tergamak menggunakan agama semata-mata untuk menghalalkan pembohongan.

Buktinya kata Mahfuz, pelbagai isu terkini yang melanda parti itu terpaksa ditepis dengan jawapan yang sering menimbulkan persoalan seperti isu audio Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Dalam isu audio Nik Mohamad Abduh tentang Pas menerima dana daripada UMNO, dulu kemain lagi beliau menafikan dan mendakwa ia adalah fitnah. Tetapi sekarang ini, keluarlah kata-kata dari ulama Pas yang membenarkan pembohongan atas nama parti tidak mengapa.

"Apatah lagi beliau (Nik Mohamad Abduh) sanggup mengheret arwah bapanya (Nik Abdul Aziz) pernah berbohong kerana menjaga kerahsiaan parti," katanya semasa menyampaikan ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan di Kantai Permai dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden Amanah, Datuk Dr. Mujahid Yusof dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk lr. Amiruddin Hamzah. - UTUSAN ONLINE