Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mahathir tidak pernah setuju dengan dasar Islam dibawa Pas

KUALA LUMPUR 19 Mei – Pas menyifatkan sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berterusan membuat pelbagai tuduhan terhadap parti itu membuktikan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah bersetuju dengan dasar Islam yang dibawa Pas.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sikap seumpama itu tidak akan memungkinkan Pas untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Dr. Mahathir itu.

“Sikap Dr. Mahathir terhadap Pas masih tidak berubah sejak dahulu. Segala tuduhan yang dilemparkan membuktikan kekecewaannya terhadap Pas kerana mengambil keputusan tidak bersama Pakatan Harapan yang diketuai DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, Pas tidak gentar untuk bergerak sebagai blok ketiga pembangkang tanpa bersama Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu.

Katanya, sewaktu perun­dingan bersama PPBM, parti itu tidak menghormati dasar perjuangan Pas termasuk menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (RUU 355) menyebabkan Pas amat sukar untuk bekerjasama dengan mereka yang tidak menghargai polisi dan dasar parti itu.

“Kekuatan Pas ini perlu diiktiraf, dalam berdepan politik negara, Pas telah tegaskan dasar-dasar perjuangan parti sebab setiap parti ada polisi masing-masing yang mesti dihormati.

“Pas memutuskan kerjasama dengan DAP dan PKR kerana berasakan tidak ada makna sebuah kerjasama sekiranya rakan parti sendiri naik ke pentas menyerang Pas, jadi kerjasama apa macam ini?” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain